Nov 19, 2011

Pulau Pangkor, Perak.


Okey, sambung cerita pasal trip. 

Selepas bersihkan diri di bilik air berhampiran Gua Tempurung tuh, cepat-2 lah aku naik bus sebelum kena tinggal. Well, aku orang paling lambat naik bas masa tuh. Naik bas terus tidur and tiba-2 bangun dah sampai Lumut, bukan Gunung Lumut. Ehh, perasan something tak? Aku ada kembar tau, kembar sebab baju same jek. Baju kemeja aku dengan Izza boleh sama pulak. Nie baru romantic nie, pakai baju same. LOL.

Dalam berapa minit naik feri, sampai lah di Pulau Pangkor. Untuk tiba di tempat penginapan kami yang mewah tuh, kena lah naik van PINK. Ohh, jambu nyaaaaa. Selepas minum petang, kami dikehendaki yang bersiap sedia membuat persembahan pada malam hari. Persembahan kami sangat lah cool. Simple dan tidak huru hara.

Esok paginya, bermula lah pengembaraan kami di dalam hutan yang sangat menyeramkan. Kedatangan kami membuatkan hutan itu menjadi hiruk pikuk dengan suara terpekik terlolong apabila PACAT di kaki. Uiewww, nie aku tak suka nie bab-2 tragedi berdarah nie. Tapi, nasib baik lah aku tak kena gigit. Sungguh simpati dengan Zarina pabila kakinya tak suci lagi kerna digigit 4 ekor pacat. Banyak tuh. Rugilah Lutfi.

Okey, aku paling suka part nie. Mandi-manda di laut. Yeah babeh, yeah. Bermula lah aksi aku di dalam air. Menghitamkan muka itu biasa, hanya keseronakan sahaja aku impikan. Yiehaaaa. Okey, jealous tengok budak negeri mane entah melakukan wall climbing yang macam best jek tuh. Terasa mahu buat jugak.

Then, bersiap-2 untuk pusing 1 pulau tuh. Mula-2 pergi kilang membuat sotong kering tuh. Dari jauh dah bau ikan & sotong tapi sotong kering dia sedap sampai menjilat jari. Lepas tuh pergi Kota Belanda & temple. Ada ikan besar dekat-2 temple tuh tapi aku tak tahu besar mana entah. Dan pulanglah kami ke Lumut semula. 









Sorry, ayat lintang pukang. Aku nak cepat, esok ada event. Esok post pasal Cameron Highlands pulak, yea. Again, gambar-2 semua nie dirembat dari album Izza. Malas nak upload gambar hasil air tangan yang parkinson nie. Selamat malam dunia.


No comments: