Nov 18, 2011

Gua Tempurung, Perak.

Yeah babeh, yeah.


Cuti sekolah baru bermula. Tapi aku cuti awal 2minggu dari students lain. Well, aku kan kaki ponteng. Untuk apa datang sekolah kalau tiada sesi pembelajaran? Duduk di sekolah dari pukul 7pagi hingga pukul 2.30petang sangat membosankan. Lebih baik aku duduk dekat rumah dan tidur sepanjang hari.


Dua hari yang lepas, aku ada join satu rombongan sekolah yang sangat mencabar kekuatan diri. Aku yang berbadan TOUGH nie pun nak terketar-ketar join trip nie. Yeah babeh, memang best. Okey, jom baca dan sila-lah jealous.




Gua Tempurung di Perak.


1st destination ialah Gua Tempurung. Pagi-2 lagi dah sampai sana. Permandangan di sekitar gua sangat cantik-menarik-kau-memang-the-bomb. Gunung Lambak pun kalah. Sebelum masuk tuh, pastikan ada lampu suluh di tangan. 


Masuk sahaja gua, kena merangkak dalam celah-2 kawasan yang sempit. Untunglah aku nie kecik & pendek. Takperlu lah susah-2 nak merangkak. Part yang aku paling takut sampai nak terkencing pun ada ialah bila kena meluncur dari tempat yang tinggi dan disambut oleh hero-2 Malaya di bawah. Mereka hanya dibenarkan untuk memegang kaki sahaja.


Selepas itu, kami dikehendaki menaiki & menuruni tangga yang entah berapa ratus ribu tuh. Dan aku merasakan seperti aku berada di Batu Caves. Ada budak cakap "Gua nie LUCAH lah. Ada bentuk badan wanita & bentuk suami mencium dahi isteri". Jangan dilayan. Kbai.


Pengembaraan ini tamat selepas beberapa jam berada di dalam gua. Gua ini dinamakan sebagai Gua TEMPURUNG sebab gua ini berbentuk seperti tempurung. Bukan sebab dalamnya banyak ada tempurung. Satu benda aku tak suka dekat situ ialah mamat-2 pervert yang dah tua tapi tak sedar diri dok kutuk-2 kawan perempuan aku.  















Semua gambar dicuri dari album IZZA AMIRA. Dia seorang sahaja yang merelakan diri bawak camera mahal dia tuh masuk dalam air. Esok Qina sambung cerita pasal Pulau Pangkor pulak.


2 comments:

izza amira said...

orang tua tuh kutok aku lah kan . siodd gilaa =.="

QYNA said...

dia kutuk kawan aku bermakna dia kutuk aku .